Mengubah tetapan cetak dengan Fiery Essential Driver
Anda boleh mengubah tetapan cetak untuk dokumen semasa atau untuk semua dokumen yang anda hantar daripada komputer anda.
Tempat anda mengubah tetapan menentukan skop perubahan:
Perubahan yang dibuat daripada aplikasi biasanya digunakan untuk dokumen yang dicetak semasa aplikasi itu dibuka.
Perubahan yang dibuat dalam keutamaan Pencetakan digunakan pada pencetak yang dipilih dan semua kerja cetak yang dihantar kepada pencetak tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda boleh mengesetkan tetapan pilihan cetak yang sama dalam aplikasi, tetapan aplikasi boleh mengubah tetapan dalam keutamaan Pencetakan.
Sesetengah tugas memerlukan kaedah tertentu untuk mengubah tetapan. Sebagai contoh, anda mesti membuat semua perubahan pada tetapan fon dalam keutamaan Pencetakan, bukan daripada aplikasi. Selain itu, jika aplikasi anda tidak membenarkan anda menukar tetapan, gunakan keutamaan Pencetakan.