Perihal Pembuat Buku Kecil dan Fiery Impose
Tetapan Pembuat Buku Kecil disokong oleh Fiery Impose. Anda boleh membuka tugas dengan tetapan Pembuat Buku Kecil dalam Fiery Impose untuk pratonton tataletak atur halaman atau mengubah suai lagi tataletak atur halaman.
Fiery Impose menterjemah dan memetakan semua tetapan Pembuat Buku Kecil kepada arahan Fiery Impose. Apabila tugas dengan tetapan Pembuat Buku Kecil telah diedit dalam Fiery Impose, tugas itu tidak lagi boleh diedit dalam Pembuat Buku Kecil. Fiery Impose menawarkan lebih banyak tetapan daripada Pembuat Buku Kecil dan tetapan tersebut tidak dapat dipetakan ke belakang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Fiery Impose, lihat Fiery JobMaster-Fiery Impose-Fiery Compose Help.